expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> BERBAIK SANGKA TERHADAP ALLAH

Ini blog sempoi, bercerita pelbagai kisah untuk perkongsian bersama dan untuk mendekatkan diri kita dengan yang Maha Pencipta, tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya

Saturday, October 15, 2011

BERBAIK SANGKA TERHADAP ALLAH

BERBAIK SANGKA TERHADAP ALLAH
               Pada setiap hari, seorang mak cik akan menjual tempe buatannya sendiri di pasar. Tetapi suatu hari, tempe yang dibuatnya belum masak sepenuhnya. 
                                  


gambar hiasan..
                               


               Dia berasa sangat risau kerana dia berfikir siapa yang hendak membeli tempe yang belum masak. Sepanjang perjalanan ke pasar, dia sentiasa berdoa di dalam hatinya agar ALLAH membantunya. Tiba di pasar dia melihat tempe masih belum masak. Tetapi dalam hati mak cik tersebut sentiasa yakin dengan ketentuan ALLAH. 






ni la tempe(bg spe yg x knl lg la)


              Dia yakin apa yang berlaku ada hikmahnya. Dalam masa yang sama, terdapat seorang pemuda yang kaya raya. Dia mencari tempe yang masih mentah untuk membuat kenduri di rumahnya dalam beberapa hari lagi. Dia mencari di pasar tersebut namun, masih tidak jumpa. Dengan kuasa ALLAH, pemuda tersebut terjumpa dengan mak cik yang tadi. Mak cik tersebut pada mulanya kelihatan sedih dan berkata kepada pemuda tersebut bahawa tempe yang dijual masih belum masak sepenuhnya. Pemuda tersebut pun memberitahu bahawa niatnya hendak membeli tempe mentah. Mak cik tersebut berasa sangat gembira.


              Pemuda pun membeli kesemua tempeh tersebut. Pengajaran di sini ialah kita mestilah sentiasa yakin dan bersangka baik atas setiap ujian yang ALLAH turunkan. Berdasarkan pengalamanku sendiri, salah satu ujian yang aku rasakan sangat berat untuk diterima ialah ketika kehilangan seorang bapa. Kejadian tersebut berlaku pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan. Pada hari tersebut juga aku menjalani Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengan Rendah (PMR). Pada hari yang pertama aku berasa sangat teruja untuk mengambil ujian tersebut. 






time trial PMR




             Selepas tamatnya peperiksaan, cikgu membawaku pulang ke rumah tanpa sempat memberitahu tentang kemalangan yang menimpa ayahku. Sampai di rumah, kakak iparku memberitahu bahawa ayahku sudah tiada kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa perjalanan ke tempat kerjanya.Perkara yang selalu bermain di fikiranku ialah mengapa ALLAH mengambil abah dalam keadaanku begini. Dalam masa yang sama hatiku berperang. Hatiku yakin dengan ketentuanNYA kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Namun fikiranku pula lain. 






Ya ALLAH,kuatkan Aq.. :'(


             Semasa di kampungku di Johor, pada suatu hari aku terbaca mesej di telefon kakakku. Kawannya memberitahu bahawa ALLAH tidak akan memberati seseorang itu jika seseorang itu tidak mampu. Aku pun terus teringat akan potongan ayat 286 surah al-Baqarah yang berbunyi ‘ALLAH tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya’Hatiku semakin yakin bahawa aku pasti sanggup mengharungi ujian ini. InsyaALLAH dengan izinNYA kerana setiap ujian ialah peluang untuk hambaNYA mendekatkan diri kepadaNYA. Aku terfikir mungkin ALLAH tidak mahu aku menjadi seorang hamba yang lupa diri. 




             Setiap kali aku mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan pasti aku akan nasihatkan diriku sendiri dengan ayat ini.Kini aku sudah boleh menerima kenyataan bahawa abah sudah pergi ke suatu tempat yang sangat jauh. Kita juga akan menuju ke sana suatu hari nanti. Sebelum ini, aku sentiasa berdoa agar ALLAH memberiku perluang untukku membahagiakan kedua ibu bapaku. Tetapi kini abah sudah tiada. Aku tetap bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang dan tabah hatinya. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Mereka di luar sana labih hebat ujian yang menimpa. Ada yang masih kecil dan tidak sempat untuk mengenali kedua ibu bapa.Kepada pembaca sekalian, selagi anda masih mempunyai ibu dan ayah, ambil peluang ini untuk membahagiakan mereka sementara mereka masih hidup. 










            Bersyukurlah dengan kehadiran mereka dalam hidup anda. Walaupun terdapat sesetengah ibu yang suka membebel atau sebagainya, anggaplah ia sebagai siraman untuk tanaman agar ia mekar segar suatu hari nanti.Yakin pada ALLAH bukanlah mengharapkan terkabulnya segala harapan,yakin pada ALLAH adalah meletakkan keredhaan dan ketentuan terhadapNYA.Rasa bahagia dengan ujian walaupun peritIndahnya tarbiah ALLAHTersiram rahmat dan hikmahDiuji kita tanda sayangnya.

credit to NADIAH ZAKARIA




~kEEp On SEnyUM KamBIng!! :)~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Related Posts with Thumbnails