expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> ~Munajat sorang hamba ~ :'(

Ini blog sempoi, bercerita pelbagai kisah untuk perkongsian bersama dan untuk mendekatkan diri kita dengan yang Maha Pencipta, tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya

Monday, October 3, 2011

~Munajat sorang hamba ~ :'(

Munajat Seorang Hamba

Setiap insan yang menginsafi dan mengenali siapa dirinya pasti akan merasa betapa kerdilnya dia di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Mengapa dia beranggapan demikian? Lirik nasyid kumpulan Rabbani yang bertajuk 'Mana Milik Kita?' mampu memberi jawapannya. Liriknya berbunyi begini: "Mana milik kita? Tidak ada milik kita. Semua yang ada, Allah yang punya. Tidak ada kita punya, kita hanya mengushakan saja. Apa yang kita dapat, Allah sudah sediakannya." Mungkin ramai yang tidak sedar akan hakikat ini menyebabkan mereka bongkak dan bangga dengan diri sendiri serta enggan sujud merendah diri kepada Allah Yang Maha Esa.

"Apa aku susah? Aku miliki segala-galanya. Rumah mewah? Kereta mewah? Syarikat yang besar? Semua aku punya. Hasil dari titik peluh aku sendiri. Buat apa aku tolong orang 'papa kedana' yang malas berusaha itu? Mengapa aku perlu mengeluarkan Zakat? Itu harta aku yang punya." Wah! Bongkaknya manusia ini. "Peduli apa hukum hakam, halal haram, aku berduit dan jutawan lagi, peduli apa aku nak 'minum' atau 'joli' dengan ramai wanita. Engkau sia

Munajat Seorang Hamba

Setiap insan yang menginsafi dan mengenali siapa dirinya pasti akan merasa betapa kerdilnya dia di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Mengapa dia beranggapan demikian? Lirik nasyid kumpulan Rabbani yang bertajuk 'Mana Milik Kita?' mampu memberi jawapannya. Liriknya berbunyi begini: "Mana milik kita? Tidak ada milik kita. Semua yang ada, Allah yang punya. Tidak ada kita punya, kita hanya mengushakan saja. Apa yang kita dapat, Allah sudah sediakannya." Mungkin ramai yang tidak sedar akan hakikat ini menyebabkan mereka bongkak dan bangga dengan diri sendiri serta enggan sujud merendah diri kepada Allah Yang Maha Esa.

"Apa aku susah? Aku miliki segala-galanya. Rumah mewah? Kereta mewah? Syarikat yang besar? Semua aku punya. Hasil dari titik peluh aku sendiri. Buat apa aku tolong orang 'papa kedana' yang malas berusaha itu? Mengapa aku perlu mengeluarkan Zakat? Itu harta aku yang punya." Wah! Bongkaknya manusia ini. "Peduli apa hukum hakam, halal haram, aku berduit dan jutawan lagi, peduli apa aku nak 'minum' atau 'joli' dengan ramai wanita. Engkau siapa yang nak menasihatkan aku?" Aduh! Pedihnya hatiku mendengar kata-kata begini. Mungkin saudara/i juga pernah mendengarnya.

Siapa Kita?

Pernahkah kita berfikir dan bertanya siapakah diri kita sebenarnya? Sedarkah kita akan kelemahan dan kedaifan diri yang kerdil ini? Sedarlah wahai saudaraku, kita ini lemah, kita ini tidak punya apa-apa, kita ini hanya menggunakan nikmat AllahSubhanahuwata'ala yang Dia anugerahkan kepada kita secara percuma, tanpa perlu dibayar, cuma perlu mengabdikan diri kepada-Nya, mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Itulah tanda Taqwa.

Justeru itu, kita juga perlu mengetahui dan memahami hakikat kewujudan manusia di atas muka bumi ini iaitu mengabdikan diri dengan patuh dan taat kepada AllahSubhanahuwata'ala. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran yang berbunyi: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku (mengabdikan diri kepada Allah). Aku tidak sekali-kali menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh." [Adz-Dzaariyaat: 56-58]

Jelas, siapa kita? Kita adalah hamba kepada Allah Subhanahuwata'ala.

Munajat Seorang Hamba

Pada hari Jumaat yang lepas (21 Januari 2011), ketika saya menghadiri solat Jumaat di Masjid Taman Selasih, Kulim, sedang menunggu azan kedua, sebelum Khatib berkhutbah, terdapat seorang 'pak cik' di sebelah kanan saya, umurnya dalam lingkungan 50-60 an, rambutnya sudah beruban, putih bersinar. Selepas beliau solat sunat dua raka'at, beliau menadah tangan dan berdoa. Begitu bersungguh-sungguh dia berdoa dan bermunajat kepada Allah. Memohon agar diampunkan segala dosa-dosanya, kedua ibu-bapanya, ahli keluarganya berulang-ulang kali, sambil teresak-esak. Semoga Allah Subnahuwata'ala memaqbulkan doanya. MasyaAllah! SubhanAllah! 'Pak cik' tersebut sudah memahami erti Hakikat Sebagai Seorang Hamba Allah Subhanahuwata'ala. Bagaimana dengan kita? Fikir-fikirkan dan bertindaklah segerapa yang nak menasihatkan aku?" Aduh! Pedihnya hatiku mendengar kata-kata begini. Mungkin saudara/i juga pernah mendengarnya.

Siapa Kita?

Pernahkah kita berfikir dan bertanya siapakah diri kita sebenarnya? Sedarkah kita akan kelemahan dan kedaifan diri yang kerdil ini? Sedarlah wahai saudaraku, kita ini lemah, kita ini tidak punya apa-apa, kita ini hanya menggunakan nikmat AllahSubhanahuwata'ala yang Dia anugerahkan kepada kita secara percuma, tanpa perlu dibayar, cuma perlu mengabdikan diri kepada-Nya, mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Itulah tanda Taqwa.

Justeru itu, kita juga perlu mengetahui dan memahami hakikat kewujudan manusia di atas muka bumi ini iaitu mengabdikan diri dengan patuh dan taat kepada AllahSubhanahuwata'ala. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran yang berbunyi: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku (mengabdikan diri kepada Allah). Aku tidak sekali-kali menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh." [Adz-Dzaariyaat: 56-58]

Jelas, siapa kita? Kita adalah hamba kepada Allah Subhanahuwata'ala.

Munajat Seorang Hamba

Pada hari Jumaat yang lepas (21 Januari 2011), ketika saya menghadiri solat Jumaat di Masjid Taman Selasih, Kulim, sedang menunggu azan kedua, sebelum Khatib berkhutbah, terdapat seorang 'pak cik' di sebelah kanan saya, umurnya dalam lingkungan 50-60 an, rambutnya sudah beruban, putih bersinar. Selepas beliau solat sunat dua raka'at, beliau menadah tangan dan berdoa. Begitu bersungguh-sungguh dia berdoa dan bermunajat kepada Allah. Memohon agar diampunkan segala dosa-dosanya, kedua ibu-bapanya, ahli keluarganya berulang-ulang kali, sambil teresak-esak. Semoga Allah Subnahuwata'ala memaqbulkan doanya. MasyaAllah! SubhanAllah! 'Pak cik' tersebut sudah memahami erti Hakikat Sebagai Seorang Hamba Allah Subhanahuwata'ala. Bagaimana dengan kita? Fikir-fikirkan dan bertindaklah segera

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Related Posts with Thumbnails