expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'> SOLAT?? ape ade ngn solat ni?? :)

Ini blog sempoi, bercerita pelbagai kisah untuk perkongsian bersama dan untuk mendekatkan diri kita dengan yang Maha Pencipta, tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya

Wednesday, October 26, 2011

SOLAT?? ape ade ngn solat ni?? :)







Hi kwn2,hri ni aq nk jd bek sketla,hrnie aq nk ckp sal T.I.A.N.G. Knpe tiang?? ha.. mst korang da bleh phm kn sal tjuk kt ats.. hrnie aq nk smbg sal SOLAT.. at least ade jgk ilmu aq dpt share kn?? hehe  










      Sehari kita solat 5 kali. Perkara yang ALLAH paling suka ialah solat pada awal waktu. Tetapi ramai yang suka memandang enteng akan hal ini. Saya ingin membuat perumpamaan tentang hal sebegini. Bayangkan jika seorang cikgu berjanji akan memberi anda markah tambahan jika menghantar tugasan yang diberi dengan. Pasti anda mahu kan? Tetapi jika sesiapa yang menghantar lambat tugasannya markah akan ditolak. Pasti anda tidak mahu kan?

          Begitu juga dengan ALLAH. Mengapa kita sentiasa lebih mengutamakan hal duniawi. Bak kata seorang ulama hidup yang hakiki bermula selepas kita mati. Sebenarnya banyak manfaat jika kita solat di awal waktu. Di bawah ini terdapat maklumat yang saya perolehi daripada sumber internet.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.





langit subuh
Waktu Subuh
              Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.





               Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.





sihat cmnie ke??hehe ;)

Waktu Zohor
               Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman



.
              Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang sakit perut ceria tak?





gambar hiasan!

Waktu Asar
            Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.





maghrib...

Waktu Magrib
             Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.





cantek kn??

Waktu Isyak
             Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.







qiam adlh slh 1 cre tuk dktkn dri dgn ALLAH!

Qiamullail
            Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.












            Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.




Wallahualam.
             Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk memberi peringatan kepada diri sendiri dan juga para pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca. Justeru, marilah kita sama-sama berusaha menjaga waktu solat. Semoga artikel ini dapat memberi kesedaran kepada diri saya sendiri dan juga anda sekalian. insyaALLAH dengan izinNYA. ALLAH permudahkan segala urusan hidup kita.
Surah Muhammad ayat -7: Wahai orang-orang beriman. Jika kamu menolong (agama) ALLAH, nisacaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

p/s kredit to NADIAH ZAKARIA



~iNi bLoG SeMpOi jE la!! :) ~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Related Posts with Thumbnails