cam best je tok Guru makan! :) |
Cara Pemakanan yang Sihat
Dalam corak pemakanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh main makan saja sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti. Ini ialah diet Rasullulah SAW.
Ustaz Abdullah Mahmood berkata, Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. Apa kata kita cuba ikut diet ini jadi tidak perlulah susah-susah makan pil untuk kurus. InsyaAllah jika ikut diet Rasullullah ini, kita semua tidak akan sakit perut ataupun keracunan makanan.
fuhh!! terliur aq! :) |
1. Jangan makan - susu + daging
- daging + ikan.
- Ikan + susu
- ayam + susu
- ikan + telur
- ikan + daud salad
- susu + cuka
- buah + susu (contoh: koktel)
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion Positif manakala dalam ikan mengandungi ion negatif, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
2. Jangan makan buah selepas makan nasi. Sebaliknya makan buah sebelum makan nasi. Ini adalah kerana jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan. Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.
lazatnye! mlm2 cmni leh lak terliur..hehe :) |
3. Jangan sekali-kali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
5. Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda s.a.w akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit daripada yang kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan proses pertama dalam pencernaan.
jgn jadi cmni dah!!! :) |
6. Cara Rasulullah mengunyah:
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
7. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.(dikatakan diambil melalui hadith qudsi)
Cara Rasulullah minum:
minum duduk ea! :) |
1. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh. Makruh ini menghampiri kepada haram. Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani:
“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.
Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.
Batu yang keras pun boleh terhakis apabila sentiasa terkena air apatah lagi dinding perut kita yang nipis.
2. Jangan kita minum daripada bekas yang besar dan jangan bernafas ketika sedang minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
3. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis, jika minum dengan sekali lalu, angin dalam perut tidak akan sempat keluar dan perut akan menjadi kembung.
4. Minum air pada waktu yang betul dapat meningkatkan sistem kesihatan badan :-
-.Minum 2 gelas air sejurus selepas bangun tidur dapat mengaktifkan sistem organ dalaman dan awet muda.
-.Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.
-.Minum segelas air sebelum mandi dapat menstabilkan tekanan darah.
-.Minum segelas air sebelum tidur dapat mengelak angin ahmar dan serangan jantung
5. Cuba anda amalkan minum dengan 3 kali teguk. Sebelum minum bacalah bismillahirrahmanirahim dan selawat. Selepas itu sebutlah Alhamdulillah. Ulang perbuatan ini sebanyak 3 kali.
dimulakan dgn bismillah! :) |
6. Selepas makan tunggu sehingga 5-10 minit barulah minum air suam sebaik-baiknya. Ini adalah kerana jika kita terus minum air selepas makan ini akan menyebabkan enzim yang terdapat di dalam perut akan cair sebelum sempat mencernakan keseluruhan makanan yang terdapat di dalam perut.
digestive system |
~ iNi bLoG SeMpOi!!~ :)
No comments:
Post a Comment